بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua...ok,untuk tugasan pertama kami..kami diarahkan
untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk islam dan ict.Jadi kami harap anda
semua sudilah baca artikel yang tak seberapa ini..selamat membaca...
Islam dan ict…
Islam dan
Ict. Melihat pada tajuk yang ditugaskan kepada inche du’at, setelah membuat
perbincangan,kajian,penyelidikan dan penelitian inche du’at tertarik untuk
kongsikan kepada pembaca semua tentang satu teknologi yang sudah dan sedang berkembang pesat di seluruh pelusuk dunia pada
hari ini.Ia dikenali sebagai IPTEK.Kami yakin sebahagian besar dari anda
mengatahui apa itu IPTEK.Dan mungkin sebahagian yang lain tidak pernah
mendengar malah tidak pernah tahu wujudnya IPTEK.
Baiklah sebelum inche du’at terus kepada point yang ingin disampaikan kami ingin jelaskan sedikit sebanyak informasi tentang IPTEK atau dikenali sebagai Ilmu Pengatahuan dan Teknologi.Ia adalah sumber informasi yang dapat meningkatkan pengatahuan dan wawasan seseorang dibidang teknologi.Dengan kata lain IPTEK merupakan segala sesuatu yang berhubungan dengan teknologi,baik itu penemuan terbaru tentang teknologi ataupun perkembangan dibidang teknologi.(teruskan membaca..jangan left blog ni lagi lawan syaitan tu ..baca sampai habis yerr)
SO,apa yang telah IPTEK hasilkan sehingga ia telah berkembang maju???
Sini inche
du’at senaraikan teknologi yang telah
IPTEK kembangkan:
-smartphone;
televisyen LCD,LED,PLASMA; internet; facebook; twitter;etc; laptop/notebook;
playstation.
Apa pulak
kena mengena Islam dengan IPTEK???Haaa…meh nak habaq mai…:)
Kemajuan
IPTEK telah didominasi seluruhnya oleh peradaban Barat.Ilmu pengatahuan dan
teknologi yang dicipta mereka membuat banyak orang mengagumi kemudian
mangamalkan dalam gaya hidup tanpa menapis terlebih dahulu segala impak negatif
dimasa mendatang.Islam tidak mengejar kemajuan ilmu pengatahuan dan teknologi
dan Islam juga tidak pula, mengharamkan produk-produk teknologi baik dimasa
lampau,sekarang mahupun yang akan datang.Ya betul,pada pandangan islam,menurut
hukum asalnya segala apa yang disajikan oleh berbagai peradaban ,semua tidak
ada yang haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang tegas dan selagi ia
selari dengan dasar Al-Quran.Malah dalam Al-Quran Allah berfirman:
È@è% (#rãÝàR$# #s$tB Îû ÅVºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur 4
Maksudnya:”katakanlah(Muhammad):lakukanlah nadzar (penelitian dengan
menggunakan
kaedah ilmiah) mengenai apa yang ada di langit dan dibumi..(surah Yunus ayat:
101)
Bagi para ilmuwan,
Al-Quran adalah inspiratory,inspirasi atau rujukan ,maknanya bahawa didalam al-quran banyak terkandung teks-teks ataupun
ayat-ayat yang mendorong manusia untuk
melihat,memandang berfikir, serta mencermati fenomena-fenomena alam semesta
ciptaan Tuhan yang menarik untuk disediliki,diteliti dan dikembangkan.Al-Quran
mencabar manusia untuk menggunakan akal fikirannya seoptimal mungkin.
Namun produk-produk canggih yang dipasarkan oleh peradaban Barat tidak akan bertanggungjawab atas kesan buruk yang ada pada teknologi tersebut malah menjadi startegi dan bonus bagi mereka untuk menjatuhkan agama Islam.Oleh itu,menjadi tanggungjawab kita,kamu dan kami sebagai pengguna untuk menilai.Adakah kita menggunakannya hanya untuk kesenanangan semata,ataupun hanya untuk mengumbar nafsu,adakah ia mendatangkan manfaat ataupun mendatangkan dosa dan murka Allah S.W.T??Tepuk dada tanya iman…
Pada pandanggan inche du’at la kan..melihat pada dunia akhir zaman ini teknologi lebih kelihatan banyak keburukan daripada kebaikan.Betul tak?????? Oleh itu disinilah peranan agama islam untuk meluruskannya.Inilah sebenarnya apa yang inche du’at ingin sampaikan dalam entri pertama kami,bagi menjelaskan peranan islam itu sendiri dalam perkembangan IPTEK.Dan inilah masanya untuk kita mengambil peluang, bak kata omputeh “grab the opportunity”...pasaipa kita nak grab grab nih…bakpo??kenapa??why??..
Haaa…sebab kita nak memanipulasi balik pengatahuan dan teknologi yang telah dicipta oleh mereka.Jika kita menganalisis kemajuan teknologi maklumat ini melalui perspektif dakwah maka,generasi du’at(da’ie) mestilah mengoptimumkan sepenuhnya peluang yang ada untuk menyebarkan Islam di seluruh dunia dengan berbekalkan kemahiran dan kreativiti yang pelbagai.Inche du’at ada baca satu artikel dalam sebuah blog “Kalau kita melihat hasil dari perkembangan kebangkitan Islam pada awal tahun 1970 beberapa intelektual Islam mula menunjukkan minat mengkaji teori-teori komunikasi berdasarkan kepada ajaran Islam.Antaranya tulisan Mohd Yusof Hussain yang muncul dalam Media Asia pada tahun 1986 denga tajuk Islamization of Communication Theory.Beliau mengemukakan idea agar intelektual Muslim menguasai teori-teori media yang dibina golongan sekular barat sama ada teori pada peringkat individu ,kumpulam kecil,komuniti,organisasi mahupun nasional.Melalui penguasaan ini,amalan-amalan media semasa seperti operasi akhbar ,surat khabar,telivisyen,filem,internet dan jejaring sosial yang lain dikuasai,dicabar dan diubahsuai atau dicipta yang baru supaya sesuai dengan ajaran Islam.Beberapa strategi dan garis panduan dicadangkan oleh beliau iaitu para intelektual Muslim perlu memahami ajaran Islam dengan menguasai Al-Quran dan as-sunnah.; menguasai teori-teori baru komunikasi Barat; mengenalpasti beberapa kelemahan teori komunikasi Barat berbanding dengan ajaran Islam; membina teori-teori baru dan mengujinya supaya terbukti kesan baiknya kepada pembangunan masyarakat terutama dalam perkembangan tentang Islam.”
Malah kita juga dapat lihat sekarang ramai golongan agama menggunakan jejaring sosial sebagai salah satu medium dakwah.Pembabitan golongan agama dengan ICT telah memberi kesan yang baik kepada umat Islam seluruhnya.Misalnya gabungan sinergi di antara agamawan dan pakar ICT telah menghasilkan laman-laman web menarik yang mampu memberi input agama secara langsung.Inche DU’AT tertarik dengan beberapa “orang kita” yang menggunakan ‘blog’ untuk mereka menyampaikan dakwah.Malah mereka bukan sahaja dikenali di tanah air bahkan di peringkat international .Antaranya ialah ustaz Hasrizal Abdul Jalil melalui blognya SAIFULISLAM.COM banyak input-input menarik yang dikongsikaan dalam blognyadan beliau jugak banyak kongsikan pengalaman beliau merantau dinegara orang,kemudian seorang lagi blogger yang amat Inche du’at kagumi ialah Saiful Nang…seorang usahawan fotografi yang berjaya.Beliau banyak kongsikan pengalaman pahit manis beliau untuk mencapai kejayaan yang beliau kecapi sekarang, bagaimana beliau bangkit dari kejatuhan demi kajatuhan,kegagalan demi kegagalan..sungguh menakjubkan..beliau menjadi inspirasi tidak kira lapisan agama,muda,tua,kaya mahupun miskin.Sebenarnya banyak lagi blog-blog dakwah yang diusahakan oleh anak-anak Malaysia .Antara blog yang pernah menjadi santapan inche du’at ialah Angelpakaigucci (atau dikenali dengan nama pena “iche ghabana”); Akuislam.com..{klu ade lagi blog blog yang bro dan sis sekalian tahu boleh lah kongsi di bahagian komen yerr :0} jadi rajin-rajinkanlah diri untuk mencari dan membaca…
Inche du’at nak cerita pasal beberapa kumpulan anak muda yang tidak asing lagi didengar bagi kita…guess who??..MrTheAllShared dan HAS Hamasyah as-syabab…biasa dengar kan??Yang mana yang tak pernah dengar tu meh nak story mory sikit. Apalah hebat sangat diorang ni…??Apa yang inche du’at kagum sangat dengan diorang ni ialah…mereka dikenali melalui video video pendek yang sarat dengan mesej…mereka menggunakan kaedah lakonan dan multimedia bagi menyampaikan mesej dan tarbiyah kepada masyarakat.Matlamat mereka ingin mengubah landskap dunia perfileman dari sudut penyampaian mesej ,gerak kerja dan semuanya.Ya,mungkin sekarang mereka hanya menghasilkan video pendek atau filem pendek..inche du’at yakin one day, mereka akan menguasai bidang perfileman dan unggul dengan fiem yang berkualiti.Sama-sama kita doakan anak-anak muda ini! Mereka jugak ada menyediakan bengkel-bengkel bagi sesiapa yang berminat dan ingin belajar tentang dunia multimedia dan perfileman ini tertutamanya bagi pemuda pemudi .Dan secara tidak langsung menggalakkan lagi untuk anak-anak muda menghasilkan filem-filem yang berkualiti dan bermanfaat untuk tatapan masyarakat.Memang superb la beb!..Jadi kita yang do a little DAKWAH,to little Tarbiyah and to much Jahiliyyah ni…boleh lah perlahan–perlahan fikir apa sumbangan aku pada ummah…tapi apa yang penting sebelum kita betulkan umat kita betulkan diri kita dulu…biasakan diri kita di tarbiyah..
Dalam dunia dakwah dan tarbiyah tiada istilah negosiasi atau tawar-menawar.Yang ada hanyalah siap siaga apabila diseru ,dalam keadaan ringan mahupun berat,bertenaga mahupun penat,lapang atau sendat!
Ok last dah
ni,teknologi adalah kurniaan dan ujian dari Allah yang memudahkan kita untuk
memperbanyakkan kebaikan atau memperbanykkan dosa…semua tu bergantung di tangan
anda so,renung-renungkanlah…anda mampu mengubahnya :)
inche du'at harap pembaca semua dapat mencerna dengan pemikiran yang kritis dan dapat menerima kekurangan yang ada.Artikel ini hanyalah pendapat kami semata-mata.Bak kata Saiful Nang menulis bukan unutuk nama tapi untuk menulis pemikiran yang tak sama..
inche du'at harap pembaca semua dapat mencerna dengan pemikiran yang kritis dan dapat menerima kekurangan yang ada.Artikel ini hanyalah pendapat kami semata-mata.Bak kata Saiful Nang menulis bukan unutuk nama tapi untuk menulis pemikiran yang tak sama..
No comments:
Post a Comment