ABOUT US
Bismillahirrahmanirrahim,segala
puji bagi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Sebelum kita pergi kepada tujuan
penubuhan blog ini,admin nak bagitau lah serba sedikit tentang “kami”.Atau
lebih mesra dengan nama pena inche du’at.haaa..tau tak nape inche du’at..”inche”
ni sebenarnya “encik” biasalah budak budak sekarang nak hipster la katakan so
jadilah “inche”..’du’at’ plak jamak bagi perkataan da’ie oleh kerana kami
berempat so kenalah jamakkan... maka terhasillah ‘INCHE DU’AT’.Kami merupakan
penuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan mengambil jurusan
Diploma Tahfiz dan Qiraat sem 2.Dan blog ini merupakan salah satu tugasan kami dalam subjek IT.
Sebenarnya, kami telah
ditugaskan oleh Pensyarah IT kesayangan kami yang manis lagi bergaya(puan..kami puji
ikhlas x mintak markah lebih pun hihi tapi kalau dapat,itu rezeki namanya..) iaitu Puan Asrina Suriani Binti Md Yusuf untuk
berkongsi tentang tugasan yang diberikan oleh beliau. Tugasan ini mungkin sebahagian besar tentang teknologi maklumat. Tetapi mungkin juga ia berkaitan tentang isu-isu semasa,mungkin tentang islam dan ict..dan anything else . Dengan cara ini,
kami bukan sahaja dapat berkongsi maklumat dengan anda semua malah dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami sendiri tentang teknologi maklumat itu sendiri ataupun info-info lain.
أفة العلم
النسيان
“bencana ilmu adalah
lupa”
Pepatah arab ini jugaklah yang
menggerakkan kami untuk menjayakan blog ini ,kerana apa?? Kerana sifat manusia
pelupa..supaya kami tak lupa ilmu yang kami terima dan dapat kongsikan kepada
anda semua,jadi kami pahatkan ilmu itu di
dalam blog ini.Dengan sedikit usaha yang gigih dan keringat yang ada di dahi kami
ini,kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk menghidupkan blog ini. Kami
sedar, dengan memegang title mahasiswa, kami juga turut bertanggungjawab dalam
menyebarkan ilmu.Blog ini ditubuhkan bukanlah menandakan kamilah yang paling layak berbicara tentang itu dan ini.Kerana kami juga masih seorang penuntut malah jika kami seorang graduan sekalipun kami masih seorang penuntut ilmu.Ilmu Allah itu luas dan tidak akan pernah habis.Jadi kami disni sekadar berkongsi."Kami beri apa yang kami ada".
Selain itu, kami juga ingin
melatih dan mengasah cara penulisan kami. Agar sel-sel otak sentiasa berhubung dengan cepat. Kami berharap anda semua dapat
menerima hasil penulisan kami walaupun banyak kecacatannya. dan juga harapan kami lagi agar blog ni tidak terhenti walaupon tugasan kami nanti sudah tamat.Mohon tembakan doa dari sahabat2 saudari saudara sekalian agar kami dapat terus berkhidmat pada ummah.
#kredittoPuanAsrina:)
#welcometoourblog
#welcometoourblog
#selamatmembaca
"Semua penulis akan mati ,hanya karnya akan terus abadi,
maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu
di akhirat nanti"
-saidina ali b.abi talib-
we are:
UMMU SALMAH BINTI SAPIUDDIN
NOOR AMEERA AINA BT NOOR LIZA
FATIH SHAHRULIZZATI BINTI HASSAN
SITI ARIFAH NABILAH BT MOHD ARIF
#MAAFTAKDEGAMBAR
#MAHAIBAKHANG!!
"Semua penulis akan mati ,hanya karnya akan terus abadi,
maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu
di akhirat nanti"
-saidina ali b.abi talib-
we are:
UMMU SALMAH BINTI SAPIUDDIN
NOOR AMEERA AINA BT NOOR LIZA
FATIH SHAHRULIZZATI BINTI HASSAN
SITI ARIFAH NABILAH BT MOHD ARIF
#MAAFTAKDEGAMBAR
#MAHAIBAKHANG!!
No comments:
Post a Comment