adab menggunakan internet



Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah masih diberi peluang unutuk menceriakan pagi anda hihi...sekembalinya kami macam biasa nak update tugasan...so,today we are going to share about  "adab menggunakan internet"...tidak dinafikan kita semua tidak dapat lari dari zaman internet?sama ada mengenali,mengguna ataupun mengeksploitasikan teknologi tersebut .Bermula dari melakukan kerja-kerja rutin seharian, belajar,mencari maklumat,berkomunikasi atau tugasan kerja dan sebagainya.Seolah-olah  kita tidak dapat hidup tanpa'nya'.sebagai pengguna tegar internet,adakah anda tahu adab-adab menggunakan internet??Adakah anda tahu sensitiviti makhluk alam maya??

Dalam dunia alam maya kita tidak boleh bertindak bebas tanpa mempedulikan kepentingan dan hak orang lain.Dalam "berinternet" kita ada aturan.Siapa kata internet tidak ada aturan??


Jadi,adik,abang,kakak,dato',datin,mak cik,pakcik  marilah sama-sama secara berjemaah  kita baca kat bawah nih apa yang inche du'at sajikan kepada anda...jommm!!


WHAT SHOULD WE DO???

First,


As a internet user korang mesti faham bila orang lain mengganggu privacy kita...inche du'at ambil

 contoh...blog lah kan...tuan empunya blog bebas menulis apa yang terlintas,terfikir..atau memang benda tu pon dia nak tulis ...dan apa sahaja yang dia ingin lakukan ..mereka berhak!Itu blog mereka..bukan nenek kamu punya blog!Kalau kita tak suka,tak setuju dia punya pandangan or pendapat atau tak suka dia punya blog lah senang citer hang pi baca tu buat apa??Dah tahu sakit hati pi baca jugak pasaipa??..alahaiii...pastu pergi serang blogger punya FB,insta ..caci maki kat komen...satu family dia kamu sumpah...astaghfirullahalazim...adakah ini cara kita?adakah ini cara Islam?Bukan..this is not the way..pembaca yang dikasihi yang disayangi sekalian sekalipon kita tak bersependapat dengan mereka,hormat lah as a human.We learned about humanity we taught about empahty..masa nilah nak guna..sekalipon mereka salah tegurlah dengan penuh berhemah..

budaya mencarut bukan budaya kita,bukan ajaran agama kita...ubahlah..nak tegur tidak ada masaalah kalau kena pada cara ..cakap elok-elok bagitahu apa kesalahan dia..so,dia boleh baiki kesalahan dan kamu tak dapat dosa free2..senangkan??Komen perkara yang membina memberi manfaat buat kamu dan juga orang lain,menggembirakan adalah sesuatu yang positif namun memfitnah,meluahankan amarah dengan menyatakan sesuatu yang buruk itu adalah negatif.Hormatilah orang lain agar diri dihormati,tulisan kamu melambangkan siapa diri kamu..beware!!


ok lepastu,yang kedua,


Menggunakan internet untuk perkara yang wajar,anda faham kan?tinggal dalam dunia tanpa sempadan sangat lah mencabar.ye lah,kita boleh buat apa sahaja...nak tengok apa..tekan-tekan semua keluar depan mata..nothing imposible..macam-macam boleh buat..kadang-kadang teknologi maklumat boleh membunuh,kerana wujudnya manusia yang terlalu obses dengan dengan komputer hingga mengabaikan kehidupan yang normal,sebagai contohnya permainan video,orang yang obsesi dengan video game nih malamnya siang,siangnya malam. Kadang-kadang 24 hours depan komputer,laptop,phone..teknologi maklumat telah banyak mengubah gaya hidup manusia,termasuk masyarakat di negara kita.Kalau dulu telefon bimbit adalah lambang kemewahan,barangan eksklusif ,namun sekarang sudah berubah kerana ia sekarang menjadi barangan keperluan harian.Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit,sesetengah orang merasakan amat sukar tanpa peranti ranggi itu..


Tak salah kita nak menggunakan teknologi ini,tapi macam inche du'at cakap tadi ,ada caranya..kita kena kawal penggunaan kita ,terhadkan,terutamanya untuk anak-anak kecil kepada ibubapa,tak salah anda nak bagi gajet kepada anak-anak,itu duit anda hak anda tapi tolong lah kawal dan pantau aktiviti mereka.Budak-budak sekarang bukan macam budak dulu-dulu..mereka dilahirkan pada zaman IT. ..zaman yang semuanya ada depan mata.Kadang-kadang kita yang tua ni pon tak dapat nak kawal nafsu internet ,so behave..inche du'at tak nafikan,inche du'at sendiri pon lagha dengan benda 'alah' ni..sama-sama kita berusaha..kita mampu mengubahnya.


akhir sekali,


Copy and paste.Ni pon sudah menjadi satu budaya masyarakat kita,suka sangat sebarkan benda yang tak sohih.Semua benda nak di viralkan.Sama jugak dengan kes penyebaran hadis palsu,disebabkan oleh sikap kita yang muat tangkap je.Sebelum kamu nak share,nak repost, nak sebar,tabayyun (teliti,kaji) lah dulu,betul ke berita nih?,hadis ni sohih ke?tengok dulu sesuai ke untuk tatapan umum..itu semua kita kena bertanggungjawab..bukan bagai melepas batuk di tangga.Fikirkan kesan jika ia diviralkan kesan kepada anda dan jugak orang lain.Anda sedang membawa banyak pihak ke depan,that's not only you malah ramai lagi yang akan turut dapat sahamnya jika apa yang anda sebarkan itu sesuatu yang tak betul.


Kesimpulan yang boleh dibuat ialah,kita,kita,kita haruslah bijak dalam menggunakan teknologi.

Sebagai pengguna tegar internet kita patut menjaga etika,tatatusila as a user.Bukan kita sorang je yang guna teknologi  ni..the whole world use it.Jaga lah budi pekerti,your manners are your beauty.Tiba-tiba teringat lagu yang dinyanyikan Dato' Siti Nurhaliza,"budi bahasa budaya kita..budi bahasa budaya kita".. rakyat Malaysia terkenal kaya dengan budi bahasa,kesopanan..
jadi,mari kembalikan dan buktikan khabar  indah itu.. 




No comments:

Post a Comment