t-rex

بسم لله الرحمن الرحيم

Inshaallah untuk entri ‘terakhir’ kami..sebenarnya takde lah terakhir sangat..terakhir menerima tugasan dari Puan Asrina..kelas terakhir kami haritu kami sempat melawat pameran T-REX .Ya saya tahu anda tak tahu apa itu T-REX kan??T-REX tu adalah technology and research exhibition.Kenapa kami bersusah payah sangat nak update dekat blog pasal pameran ni…kerana pameran ini adalah antara projek-projek pelajar kos Usuludin & Multimedia.Jadi dekat sini anda boleh dapati pelbagai kreativiti pelajar melancarkan projek tentang ict dan islam.Bagaimana mereka menggunakan kelebihan mereka dalam bidang it untuk mereka berdakwah.jom kita sama-sama saksikan apa budak-budak KUIS ni buat..




ok, ini adalah cerita yang dianimasikan hihi..lebih kurang macam tu lah bunyinya.
Anda boleh lah install dalam gajet masing-masing memang sesuai sangat untuk bacaan anak-anak kecil.Daripada anda bagi diorang tengok idola kecil baiklah bagi diorang baca cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni..betul tak??




next!ni pulak aplikasi mudah alih yang dicipta khas oleh pelajar 

usuluddin & multimedia untuk ummah!





dan inilah adalah sebahagian projek-projek yang sempat kami ambil sepanjang berada di situ..







peranti output,peranti input,storage device



ASSALAMUALAIKUM...ok untuk entri kali ini kami akan kongsikan kepada anda semua salah satu  daripada tajuk yang kami pelajari dalam subjek IT .iaitu peranti output, peranti input dan juga storage device.
Tugasan kali ini agak simple..kami hanya perlu melampirkan 5 keping gambar bagi setiap peranti..



  
Contoh peranti output

                                        printer
                                                                  

 screen


                                                                                                  
 speaker                                                                         LCD











earphone  








Contoh peranti Input




       microphone                                                                 keyboard









                                                        
Optical disk device                                                           webcam


                  











mouse






Storage device




                                             




Memory card                                                                    card reader







Film                                                                                      hard disk





                                              






pendrive           











adab menggunakan internet



Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah masih diberi peluang unutuk menceriakan pagi anda hihi...sekembalinya kami macam biasa nak update tugasan...so,today we are going to share about  "adab menggunakan internet"...tidak dinafikan kita semua tidak dapat lari dari zaman internet?sama ada mengenali,mengguna ataupun mengeksploitasikan teknologi tersebut .Bermula dari melakukan kerja-kerja rutin seharian, belajar,mencari maklumat,berkomunikasi atau tugasan kerja dan sebagainya.Seolah-olah  kita tidak dapat hidup tanpa'nya'.sebagai pengguna tegar internet,adakah anda tahu adab-adab menggunakan internet??Adakah anda tahu sensitiviti makhluk alam maya??

Dalam dunia alam maya kita tidak boleh bertindak bebas tanpa mempedulikan kepentingan dan hak orang lain.Dalam "berinternet" kita ada aturan.Siapa kata internet tidak ada aturan??


Jadi,adik,abang,kakak,dato',datin,mak cik,pakcik  marilah sama-sama secara berjemaah  kita baca kat bawah nih apa yang inche du'at sajikan kepada anda...jommm!!


WHAT SHOULD WE DO???

First,


As a internet user korang mesti faham bila orang lain mengganggu privacy kita...inche du'at ambil

 contoh...blog lah kan...tuan empunya blog bebas menulis apa yang terlintas,terfikir..atau memang benda tu pon dia nak tulis ...dan apa sahaja yang dia ingin lakukan ..mereka berhak!Itu blog mereka..bukan nenek kamu punya blog!Kalau kita tak suka,tak setuju dia punya pandangan or pendapat atau tak suka dia punya blog lah senang citer hang pi baca tu buat apa??Dah tahu sakit hati pi baca jugak pasaipa??..alahaiii...pastu pergi serang blogger punya FB,insta ..caci maki kat komen...satu family dia kamu sumpah...astaghfirullahalazim...adakah ini cara kita?adakah ini cara Islam?Bukan..this is not the way..pembaca yang dikasihi yang disayangi sekalian sekalipon kita tak bersependapat dengan mereka,hormat lah as a human.We learned about humanity we taught about empahty..masa nilah nak guna..sekalipon mereka salah tegurlah dengan penuh berhemah..

budaya mencarut bukan budaya kita,bukan ajaran agama kita...ubahlah..nak tegur tidak ada masaalah kalau kena pada cara ..cakap elok-elok bagitahu apa kesalahan dia..so,dia boleh baiki kesalahan dan kamu tak dapat dosa free2..senangkan??Komen perkara yang membina memberi manfaat buat kamu dan juga orang lain,menggembirakan adalah sesuatu yang positif namun memfitnah,meluahankan amarah dengan menyatakan sesuatu yang buruk itu adalah negatif.Hormatilah orang lain agar diri dihormati,tulisan kamu melambangkan siapa diri kamu..beware!!


ok lepastu,yang kedua,


Menggunakan internet untuk perkara yang wajar,anda faham kan?tinggal dalam dunia tanpa sempadan sangat lah mencabar.ye lah,kita boleh buat apa sahaja...nak tengok apa..tekan-tekan semua keluar depan mata..nothing imposible..macam-macam boleh buat..kadang-kadang teknologi maklumat boleh membunuh,kerana wujudnya manusia yang terlalu obses dengan dengan komputer hingga mengabaikan kehidupan yang normal,sebagai contohnya permainan video,orang yang obsesi dengan video game nih malamnya siang,siangnya malam. Kadang-kadang 24 hours depan komputer,laptop,phone..teknologi maklumat telah banyak mengubah gaya hidup manusia,termasuk masyarakat di negara kita.Kalau dulu telefon bimbit adalah lambang kemewahan,barangan eksklusif ,namun sekarang sudah berubah kerana ia sekarang menjadi barangan keperluan harian.Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit,sesetengah orang merasakan amat sukar tanpa peranti ranggi itu..


Tak salah kita nak menggunakan teknologi ini,tapi macam inche du'at cakap tadi ,ada caranya..kita kena kawal penggunaan kita ,terhadkan,terutamanya untuk anak-anak kecil kepada ibubapa,tak salah anda nak bagi gajet kepada anak-anak,itu duit anda hak anda tapi tolong lah kawal dan pantau aktiviti mereka.Budak-budak sekarang bukan macam budak dulu-dulu..mereka dilahirkan pada zaman IT. ..zaman yang semuanya ada depan mata.Kadang-kadang kita yang tua ni pon tak dapat nak kawal nafsu internet ,so behave..inche du'at tak nafikan,inche du'at sendiri pon lagha dengan benda 'alah' ni..sama-sama kita berusaha..kita mampu mengubahnya.


akhir sekali,


Copy and paste.Ni pon sudah menjadi satu budaya masyarakat kita,suka sangat sebarkan benda yang tak sohih.Semua benda nak di viralkan.Sama jugak dengan kes penyebaran hadis palsu,disebabkan oleh sikap kita yang muat tangkap je.Sebelum kamu nak share,nak repost, nak sebar,tabayyun (teliti,kaji) lah dulu,betul ke berita nih?,hadis ni sohih ke?tengok dulu sesuai ke untuk tatapan umum..itu semua kita kena bertanggungjawab..bukan bagai melepas batuk di tangga.Fikirkan kesan jika ia diviralkan kesan kepada anda dan jugak orang lain.Anda sedang membawa banyak pihak ke depan,that's not only you malah ramai lagi yang akan turut dapat sahamnya jika apa yang anda sebarkan itu sesuatu yang tak betul.


Kesimpulan yang boleh dibuat ialah,kita,kita,kita haruslah bijak dalam menggunakan teknologi.

Sebagai pengguna tegar internet kita patut menjaga etika,tatatusila as a user.Bukan kita sorang je yang guna teknologi  ni..the whole world use it.Jaga lah budi pekerti,your manners are your beauty.Tiba-tiba teringat lagu yang dinyanyikan Dato' Siti Nurhaliza,"budi bahasa budaya kita..budi bahasa budaya kita".. rakyat Malaysia terkenal kaya dengan budi bahasa,kesopanan..
jadi,mari kembalikan dan buktikan khabar  indah itu.. 




"kabel dengan Allah"

assalamualaikumm..insyaALLAH..harini kami nak kongsikan sebuah video pendek dan merupakan tugasan kami untuk minggu ini.

"sembang lah ribut taufan sekalipon kalau hubungan dengan Allah kamu tak jaga
  sorry to say...mimpi je lah...yerr sekalipon kamu berjaya dalam hidup kamu,
tapi apa erti sebuah kejayaan,kebahagiaan...err bahagia ke?..kalau tiada keberkatan
dari ALLAH..."kami harap video yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua..
selamat menonton.


e - government

Assalamualaikum ,kami kembali dengan tugasan terbaru.Kali ini Puan Asrina tugaskan kami cari beberapa contoh   e-government(dalam bahasa Malaysia dia plak e-kerajaan) di Malaysia..jadi ni ialah hasil pencarian kami.Harap bermanfaat untuk semua…:)




Mesti ada yang tertanya-tanya apa plak  e-government nih?? ataupun ia dikenali dengan 'kerajaan elektronik'.Sebenarnya inche du'at pon 'kurang pengatahuan' sangat pasal e-gvernment nih,alhamdulillah setelah diberi tugasan ni,inche du'at banyak buat research tentang e-kerajaan. E-government ini merupakan satu kegunaan yang dilaksanakan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, melalui Unit Pemodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia atau nama glamour dia (MAMPU). Kerajaan telah melancarkan pelan strategik ICT sektor awam Malaysia sejak Ogos 2003 lagi demi meningkatkan penggunaan ICT dalam sistem penyampaian.
Apa yang pasti, melalui e-government, satu pencapaian penting ialah pelaksanaan Portal Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai myGovernment. Melalui myGovernment ni pulak ia dapat memberi maklumat terkini perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan. Sebagai contoh, sehingga akhir 2005, Portal Perkhidmatan Awam ini telah menyediakan akses kepada 900 laman web pelbagai agensi sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.
Selain itu, melalui e-government, kerajaan dapat mengubah sistem perkhidmatann sektor awam yang dianggap tradisional kepada yang lebih moden, yakni daripada sistem manual kepada sistem elektronik dalam kata mudah maju lah sikit daripada dulu-dulu tu. At the same time, (cehh..), langkah ini dianggap dapat mengurangkan jurang digital dalam mengorak langkah yang baik ke arah dunia tanpa sempadan.itulah sedikit sebanyak tentang e-government ( ni ialah sebahagian yang  inche du'at baca  dalam laman web rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia yang telah menerangkan tentang e-government di Malaysia.)


 Disini inche du'at ade lampirkan beberapa contoh projek E-Kerajaan di Malaysia

1 . Persekitaran Pejabat Generik (GOE)
GOE merupakan satu sistem aplikasi yang berupaya membantu agensi kerajaan menguruskan dokumen   dengan lebih efektif. Urusan-urusan berkenaan akan dikendalikan secara elektronik, beroperasi tanpa kertas dan berlandaskan komunikasi pantas. Antara fungsi sistem GOE adalah:

a) penyediaan dan penyimpanan dokumen dengan lebih berkesan
b) carian dan capaian dokumen dengan lebih cepat
c) penggunaan dan perkongsian maklumat yang lebih efektif dan produktif
d) setiap dokumen dikesan dan diuruskan dengan selamat

2. Sistem Pemantauan Projek (PMS)
Sistem ini berperanan menyediakan satu mekanisme bagi membantu kementerian serta agensi di bawahnya untuk membuat pemantauan projek yang dibiayai oleh kerajaan. Sistem ini telah dilaksanakan kepada semua kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara hingga ke peringkat daerah. Sistem ini mempunyai pangkalan maklumat yang boleh membantu dalam penyediaan laporan dan proses membuat keputusan dengan sepat dan tepat. Antara fungsi PMS adalah:

a) mengesan dan memantau aliran kewangan projek yang diluluskan
b) membantu dalam proses merancang dan proses membuat keputusan dengan cepat
c) membuat analisis status pelaksanaan projek dan membuat jangkaan isu yang mungkin akan timbul
d) mengurangkan tugas-tugas manual seperti mengisi borang, mengemas kini rekod, menghantar dokumen, mencetak dan sebagainya
e) mempercepatkan kerja dan mengurangkan kegunaan kertas serta meningkatkan kemahiran IT

3. E-Perolehan(EP)

Merupakan satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui Internet. Ia merupakan satu system elektronik yang menghubungkan komuniti pembeli kerajaan dan penjual bersama-sama dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. EP juga membolehkan para pembekal mendaftar dan memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.


4. e-dagang

ia adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.

Perdagangan elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.



 5.  Sistem perancangan dan kawalan belanjawan (sistem e- SPKB)

Sistem ini jug dikenali sebagai “ Electronik Budgeting Control and Planning System”yang telah  diperkenalkan di setiap Pejabat Mengakaun Sendiri dan PTJ di seluruh Malaysia. Kaedah bayaran terus ke bank diperkenalkan juga secara elektronik iaitu pembayaran secara elektronik (EFT).
Contoh-contoh Aplikasi Kerajaan Elektronik melalui eSPKB

     EP
Pembayaran pembelian bekalan dan perkhidmatan yang merangkumi kontrak pusat, kontrak jabatan, sebutharga dan tender terbuka yang dibayar samada menggunakan vot pembangunan (Vot P), vot mengurus (Vot B) atau vot tanggungan (Vot T).

   PMS
Pembayaran pendahuluan kontrak dan juga bayaran kemajuan kontrak yang dibayar dengan menggunakan vot pembangunan (Vot P) bagi projek-projek fizikal dan non-fizikal.

 HRMIS
Perlantikan, pertukaran, pemberhentian, perletakan jawatan dan persaraan kakitangan ,Perubahan dan pembayaran gaji kakitangan kerajaan persekutuan ,Pembayaran pemberian pinjaman kenderaan, komputer dan pendahuluan diri ,Pembayaran tuntutan perjalanan kakitangan.

E-SERVICES
Urusniaga terimaan hasil daripada pendaftaran lessen memandu ,Urusniaga terimaan daripada pembaharuan lessen memandu Urusniaga terimaan hasil daripada pembayaran saman.



6. Sistem Pemantauan Projek II

Dikenali Project Monitoring System (PMS II) diwujudkan untuk memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan di bawah Rancangan Lima Tahun Malaysia. SPP II dibangunkan bagi menggantikan sistem pemantauan yang lepas, Sistem Maklumat Bersepadu Setia Siap (SMBSS) di mana pendekatan dan pembaharuan ke arah perkembangan era ICT masa kini telah menghasilkan sistem pemantauan yang baru

       (a)    dapat mempercepatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian projek.
      (b)   Dapat merangkaikan semua kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan termasuk daerah    dan negeri secara on-line di mana maklumat projek yang disediakan adalah yang terkini dan boleh dicapai pada bila-bila masa

7. Bursa Buruh Elektronik atau ELX

Terdiri dari 3 sistem aplikasi iaitu Job Clearing System (JCS), Labour Market Database (LMD) dan Office Productivity System (OPS). Projek ELX ini ditubuhkan bagi meningkatkan perkhidmatan pekerjaan dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi.
Ia bertindak sebagai ‘one stop centre’ bagi maklumat mengenai pasaran buruh yang dapat diakses oleh agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat keseluruhannya.

(a)projek ini dapat meningkatkan pemadanan pencari kerja dan kekosongan jawatan secara elektronik disamping mempertingkatkan mobilisasi pekerja dan juga tahap guna tenaga

(b)dapat meluaskan penyebaran maklumat pasaran buruh yang diharapkan dapat menyumbang kepada keharmonian perusahaan.


      8.Electronic Guarantee Letter (e-GL)

Iaitu kemudahan penganalan diri bagi perkhidmatam perubatan di hospital Kerajaan .Dengan pelaksanaan sisitem ini di 135 buah hospital kerajaan,pekerja sektor awam,pesara dan keluarga mereka tidak perlu membawa surat jaminan atau guarantee letter ke hospital untuk mendapat rawatan sebab
maklumat dapat dicapai melalui e-GL.


      9.e-Syariah

ia merupakan satu sisitem pengurusan kes bersepadu yang mengintegrasikan semua proses yang terlibat di dalam pengendalian  kes-kes 123 buah Makhamah Syariah  di seluruh negara  yang dilaksanakan
oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.


     10.ePBT

ePBT merupakan aplikasi yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti  di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),yang mengandungi 23 modul,termasuk modul hasil ,modul perakaunan,modul pelaporan kepada SUK,modul aduan dan sebagainya.